Saturday 31 December 2011

Siapakah Orang Melayu? Bahagian 3: Teori Mengenai Asal Usul Orang Melayu.

Masalah ketiga, untuk mendefinasikan orang Melayu ialah, kita perlu mengetahui dari manakah asal usul orang Melayu. Seperti yang saya ceritakan dahulu, Orang Cina Malaysia, Orang India Fiji,  Orang Eropah Brazil dan orang Afrika Amerika, tahu asal usul mereka. Tetapi, orang Melayu Malaysia sendiri, kebanyakkannya tidak berapa pasti, dari manakah asal mereka. Masalah ini, iaitu dari manakah asal usul orang Melayu sebenarnya?

Asal usul orang Melayu memang selalunya menimbulkan misteri dan perdebatan di kalangan ahli akademik dunia. Daripada ahli sejarah, arkeologi, linguistik, geologi, biologi, genetik dan sebagainya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai dari mana asal usul orang Melayu. Ini kerana, contohnya, bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli linguistik, bercanggahan pula dengan bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli biologi. Atau bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli sejarah, bercanggahan pula dengan bukti-bukti ahli genetik. Semua bukti-bukti yang dikemukakan oleh pakar-pakar akademik ini, tiada pun yang bersetuju atau sama. Mereka saling berdebat dan bercanggah antara satu sama yang lain. Walaupun di bidang yang sama, seperti arkeologi, timbul perselisihan dan percanggahan sesama ahli-ahli arkeologi dunia mengenai asal usul orang Melayu.

Ada pelbagai teori mengenai asal usul orang Melayu. Terdapat tiga teori utama yang telah diketahui umum mengenai asal usul orang Melayu. Tetapi, disini buat pertama kalinya, saya ingin mengemukakan teori terbaru mengenai asal usul orang Melayu, iaitu teori keempat. Teori pertama mengenai asal usul orang Melayu adalah berdasarkan teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu yang menggunakan sampan dari daerah Yunnan di Selatan Cina dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan, yang dikenali sebagai "Teori Keluar Dari Yunnan". Teori ini dikemukakan pada tahun 1890.

 Teori Keluar dari Yunnan. Teori ini mengatakan Orang melayu berasal dari provinsi Yunnan, China, dan keluar menggunakan sampan melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan. Dan seterusnya menyebar ke Taiwan. Dan daripada Taiwan, terus menyebar ke pulau-pulau di bawahnya seperti Filipina, Indonesia, Malaysia & Kepulauan Pasifik.

Teori kedua, yang dikemukakan pada tahun 1965, mengatakan "Teori Keluar Dari New Guinea", iaitu orang Melayu asalnya berasal daripada Kepulauan New Guinea. Dimana orang Melayu zaman dahulu adalah pelayar yang unggul, yang bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh untuk para pedagang-pedagang antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, Cina dan India selama lebih 2,000 tahun yang lalu. Jadi, mengikut teori ini, orang Melayu asalnya dari bangsa Papua atau Melanesia, dan selepas lebih 2,000 tahun, akibat interaksi dan perkhawinan campur dengan bangsa India, Cina dan Arab, mereka selepas itu menjadi maju lalu menubuhkan sebuah bangsa baru yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini yang paling kurang popular dikalangan ahli akademik dan juga umum. Dan terlalu kurang penerbitan buku atau sumber rujukan untuk menyokong teori ini. Saya telah cuba mencari-cari mengenai sumber-sumber mengenai teori ini di internet, tetapi langsung tidak jumpa. Juga tidak dinyatakan, siapa pelopor atau perintis atau buku atau penulisan yang menyokong teori ini.

Teori Keluar dari New Guinea. Daratan berwarna merah adalah kepulauan New Guinea, yang terbahagi kepada dua negara. Disebelah barat milik Indonesia dan dikenali sebagai Papua. Disebelah timur milik negara Papua New Guinea. Kedudukan Pulau New Guinea amatlah hampir dengan Dunia Melayu. Tetapi tiada apa-apa bukti saintifik yang boleh membuktikan yang orang Melayu berasal dari New Guinea atau dari keturunan Melanesia.

Tetapi teori ini sebenarnya cuba menghina keupayaan dan kemajuan orang Melayu pada waktu itu. Adakah orang Melayu berasal daripada bangsa Papua atau Melanesia? Tiada bukti saintifik dari segi genetik, biologi, arkeologi atau sebagainya yang menyokong teori ini. Adakah orang Melayu dahulu hanyalah menjadi buruh dan kelasi-kelasi kapal kepada pedagang-pedagang antarabangsa sahaja? Tiada ke orang Melayu yang sebenarnya menjadi pedagang-pedagang yang hebat? Teori ini mungkin hanyalah untuk merendah-rendahkan keupayaan orang Melayu, tanpa apa-apa bukti saintifik yang perlu dikemukakan seperti bukti-bukti arkeologi, mitologi dan sebagainya. Amat mudah orang-orang Barat menghina dan menjatuhkan orang Melayu tanpa memerlukan apa-apa bukti, seperti amat mudahnya orang Barat menuduh orang Islam dan agama Islam sebagai agama teroris, tanpa perlukan apa-apa bukti. Seperti mudahnya orang Barat mengemukakan teori bahawa manusia berasal daripada beruk, mengikut teori Charles Darwin, tanpa apa-apa bukti yang kukuh. Tetapi AlQuran mengecam sekeras-kerasnya yang mengatakan manusia adalah evolusi daripada beruk.

Gambar orang Papua atau bangsa Melanesia. Adakah orang Melayu berasal daripada bangsa Papua? Lihat perbezaan yang ketara antara orang Papua yang berkulit hitam seperti orang negro Afrika dan berambut kerinting. Sedangkan majoriti orang Melayu berkulit sawo matang dan berambut lurus. 


Walaupun tiada buku atau penulis atau pelopor yang saya ketahui setakat ini, yang menyokong teori ini, saya mempunyai pendapat saya sendiri, bagaimana teori ini boleh tercipta oleh orang Barat. Teori ini yang mengatakan orang Melayu berasal daripada kepulauan Papua New Guinea, mungkin merujuk kepada Melayu Proto. Terutamanya merujuk kepada orang Semang yang terdiri daripada kumpulan orang Negrito. Jika kita merujuk kepada orang Semang sahaja, tanpa melibatkan orang Melayu majoriti, kajian ini menjadi mudah. Orang Semang, dengan kulit warnanya yang sehitam orang negro afrika dan berambut kerinting, adalah serupa bentuk fisikalnya dengan orang Papua! Mungkin dari sebab inilah, maka wujud teori bagaimana orang Melayu terawal iaitu orang Semang berasal daripada kepulauan New Guinea dan daripada bangsa Papua. Disamping itu, kedua-dua puak, iaitu orang Papua di New Guinea dan orang Semang di Semenanjung Malaysia, mengamalkan budaya dan cara hidup yang sama. Walaupun telah berpuluh-puluh ribu tahun berlalu, cara hidup orang Papua dan orang Semang masih lagi sama iaitu masih mengamalkan cara hidup memburu, mengumpulkan hasil hutan dan berpindah randah. Mereka masih tidak lagi melalui zaman Neolitik, iaitu perubahan kepada revolusi pertanian iaitu mengamalkan cara hidup bertani, menternak binatang dan mendirikan penempatan yang tetap. Saya akan membincangkan lagi mengenai teori ini secara terperinci di artikel seterusnya.

Teori yang ketiga dan teori yang paling popular sekarang di kalangan orang ramai, ialah "Teori Keluar dari Taiwan". Teori ini adalah berdasarkan teori lingustik dan bukti arkeologi. Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. "Teori Keluar dari Taiwan" atau juga disebut "Teori Keretapi Ekpress ke Polynesia", mengatakan orang-orang Autronesian atau bahasa mudahnya orang-orang Melayu, telah keluar daripada Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya mereka ini bertebaran ke serata dunia, daripada Pulau Madagaskar di Timur sehinggakan ke Pulau Easter di Barat, dan dari Jepun di Utara sehinggakan ke New Zealand di Selatan. Teori ini dipelopori oleh Peter Bellwood, seorang pakar lingustik. Ini disokong oleh bukti arkeologi oleh Eusibio Dizon. Teori ini dikemukakan kepada dunia pada tahun 1997, dengan terbitnya buku "The Austronesian", oleh Peter Bellwood dan Eusibio Dizon.

 Teori Keluar Dari Taiwan. Teori yang dipopularkan oleh Peter Bellwood

Teori terbaru mengenai asal usul orang Melayu, yang mungkin buat pertama kalinya disiarkan di artikel ini, iaitu teori yang penuh kontroversi dan mencetuskan fenomena di kalangan ahli akademik sedunia. Teori keempat ini dikenali sebagai ialah "Teori Keluar dari Sundaland". Teori ini telah lama diketahui di kalangan ahli akademik, tetapi kurang mendapat perhatian dikalangan orang ramai. Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memadamkan atau melenyapkan teori ini. Ini kerana, jika teori ini benar, ianya bukan hanya mengubah sejarah Asia Tenggara, tetapi mengubah sejarah dunia!!! Teori ini disokong oleh Dr Steven Oppenheimer,  pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos. Teori ini mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik. Teori ini mengatakan, orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Tamadun Sundaland atau mungkin juga dikenali sebagai tamadun Atlantis!!! Mengikut teori ini, terdapat sebuah tamadun yang besar dan hebat yang terletak di daratan Sundaland, tetapi telah ditenggelami banjir yang besar sejak 7,000 - 10,000 tahun yang lepas. Akibatnya, seluruh tamadun tersebut seperti bangunan, penempatan, tulisan, dan penempatan orang Melayu telah musnah dan ditenggelami air. Jadi, orang Melayu yang terselamat daripada banjir besar ini bertebaran ke seluruh dunia dan selepas itu dengan membawa kehebatan teknologi dan budaya mereka, mereka inilah menjadi pengasas atau pelopor tamadun-tamadun yang hebat di dunia. Saya akan membincangkan lagi mengenai teori ini secara terperinci di artikel seterusnya.

p/s: Teori mana yang anda pilih? Saya akan kupas setiap teori ini satu persatu. Terpulang kepada anda memilih teori yang mana. Jika anda merasa terlalu hina akan menjadi Melayu, mungkin anda akan memilih teori keluar dari New Guinea. Tetapi, jika anda bangga menjadi orang Melayu, mungkin anda akan memilih teori keempat iaitu teori keluar daripada Sundaland. Wallahualam.... :-)

8 comments:

  1. Menarik! Msih menanti smbungan teori. Harap penulis boleh smbung penulisan yg bermanfaat ni

    ReplyDelete
  2. Daripada manakah Melayu itu tak penting, sebab setiap kehidupan yang Allah ciptakan itu ada tempatnya masing-masing. tapi perkataan melayu itu berasal daripada ALMALA'U yang berarti bertamadun dan juga tinggi. perkataan ini dirujuk kepada orang-orang Nusantara yang mengucap 2 kalimah syahadah. Rujuk kitab-kitab yng ditulis oleh shekh Ahmad bin Muhammad Zain a-Fatani.

    ReplyDelete
  3. Daripada manakah Melayu itu tak penting, sebab setiap kehidupan yang Allah ciptakan itu ada tempatnya masing-masing. tapi perkataan melayu itu berasal daripada ALMALA'U yang berarti bertamadun dan juga tinggi. perkataan ini dirujuk kepada orang-orang Nusantara yang mengucap 2 kalimah syahadah. Rujuk kitab-kitab yng ditulis oleh shekh Ahmad bin Muhammad Zain a-Fatani.

    ReplyDelete
  4. Daripada manakah Melayu itu tak penting, sebab setiap kehidupan yang Allah ciptakan itu ada tempatnya masing-masing. tapi perkataan melayu itu berasal daripada ALMALA'U yang berarti bertamadun dan juga tinggi. perkataan ini dirujuk kepada orang-orang Nusantara yang mengucap 2 kalimah syahadah. Rujuk kitab-kitab yng ditulis oleh shekh Ahmad bin Muhammad Zain a-Fatani.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Jika saudara boleh kongsikan rujukan mengenai Hal ini saya amat berbesar Hati. Saya amat berminat mengetahui asal kaum saya.

    ReplyDelete
  7. Kejab Barat mau menjatuhkan (paranoia), kelap Sunderlan ala Atlantis, Dravidian pun ada teori yg sama Atlantis tu merujuk kepada Dravida, relaks bro...saya juga pengkaji. DNA sudah tak laku sebab terlalu mixed, tiada yg asli Melayu

    ReplyDelete