Friday 28 October 2011

Siapakah Orang Melayu? Bahagian 1: Pendahuluan

Siapakah Itu Orang Melayu? Dari mana dia berasal? Bagaimana mereka ada disini, dulunya dinamakan Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia. Tanah yang bertuah ini pernah dipanggil oleh beberapa gelaran seperti the Golden Chorsene, Suvarnabhumi, Semenanjung Melaka dan sebagainya. Tetapi, kebanyakkan orang Melayu itu sendiri tidak tahu, dari mana asal usul mereka. Kenapa berlaku sedemikian?

Adakah orang Melayu ini berasal dari Yunnan, China? Atau dari Taiwan? Atau campuran bangsa Cina, India & negrito? Akhirnya menjadi Melayu? Hahaha... ;-) ;-). Atau campuran Arab, Cina, Eropah dan Hindi (India), yang menjadi kata awalannya menjadi ACEH atau Aceh? Teringat lagu "Senyum", campuran Melayu, Cina dan Pakistan (Hindi). Kebetulan saya kenal sorang awek yang mix atau rojak, campuran Melayu, Cina dan Pakistan. Kerja bank. Memang cun gila... :-).

Adakah orang Melayu ini asalnya pendatang? Seperti dakwaan sesetengah ultra kiasu, yang mahu menjatuhkan dan merendahkan orang Melayu? Bagaimana pula dengan orang Asli? Adakah mereka tergolong dalam kategori orang Melayu? Bagaimana pula bumiputra Sabah dan Sarawak, yang bukan Islam, adalah mereka ini orang Melayu ataupun rumpun Melayu? Bagaimana pula, seorang bangsa India, yang asalnya beragama Hindu, lepas menjadi seorang Muslim boleh menjadi seorang Melayu? Bagaimana, orang Sabah atau Sarawak, yang rupanya lebih kemelayuan bukanlah orang Melayu tapi orang India yang masuk Islam atau mamak yang lebih keindiaan rupa dan fisikalnya boleh menjadi orang Melayu?

Apakah maksud Melayu itu sendiri? Me-Layu? Dalam bahasa Melayu sendiri, "melayu" atau "melayukan" merujuk kepada sesuatu perkataan negatif. Seperti, melayukan sekuntum bunga. Maksudnya, bunga yang asalnya segar bugar, dilayukan sampai tidak sesegar dulu. Atau adakah perkataan Melayu itu adalah perkataan yang dilabelkan oleh penjajah, sejak zaman Portugis, Belanda, British dan Jepun ke atas bangsa Melayu, untuk menjatuhkan dan merendah-rendahkan orang Melayu, supaya mereka tidak bangkit menentang penjajah? Mungkin asalnya nama bangsa ini adalah nama lain. Kalau nama lain, apakah nama itu?

Ada yang kata orang Melayu ini adalah bangsa tinggalan Atlantis? Bangsa asal Atlantis? Kah! Kah! Kah! Lawak-lawak... :-). Ada ke dikatakan orang Melayu ini bangsa tinggalan dari bangsa Atlantis yang hebat itu? Kan bangsa Atlatis itu adalah bangsa yang terhebat, dimana merekalah ibu kepada segala tamadun didunia ini. Dimana, dikatakan, asal usul tamadun Sumerian, tamadun Mesir, Cina, India dan juga Yunani (Greek), dikatakan berasal dari tamadun dan bangsa Atlantis ini.

Pada yang kurang membaca atau tak tahu sejarah yang sebenarnya, atau buta sejarah atau tak nak ambil tahu langsung pasal sejarah bangsa sendiri, mungkin perkara ini adalah sebuah lawak jenaka. Adakah tamadun dan bangsa Melayu ini adalah ibu kepada segala tamadun-tamadun lama yang terhebat didunia, termasuk juga ibu kepada tamadun Cina dan India? Seperti yang diketahui umum, orang2 Cina dan India amat berbangga dengan tamadun mereka kerana tamadun Cina dan India adalah antara tamadun yang terawal didunia. Usia tamadun mereka lebih dari 5,000 tahun dahulu, hampir sama dengan wujudnya tamadun Mesir zaman Firaun.

Buktinya kehebatan dan kecemerlangan tamadun mereka, bangsa Cina dengan Great Wall of China dan Forbidden City. Bangsa India dengan Taj Mahal dan Red Fort. Tetapi, manakah kesan tinggalan kehebatan dan kecemerlangan tamadun Melayu? Hampir tiada..... :-(. Amat memalukan. Orang Melayu tiada kesan sejarah fisikal yang boleh menunjukkan kehebatan dan kegemilangan tamadun dan bangsa Melayu itu sendiri. Yang ada, kota A-Formosa tinggalan Portugis, the Red House, rumah merah tinggalan Belanda dan bangunan-bangunan tinggalan British. Amat-amat memalukan!!! Itu sebab, mungkin orang Cina atau orang India memandang hina dan memandang rendah kepada bangsa Melayu, kerana mereka tiada kesan sejarah yang menunjukkan kehebatan tamadun orang Melayu. Yang ada hanyalah Empayar Melaka yang dihancurkan oleh Portugis.

Tetapi, bagi para arkeologi, para sejarah, ilmuwan, geologis dan sebagainya, bangsa Melayu adalah bangsa tinggalan dari bangsa Atlantis yang ditenggelamkan oleh banjir yang besar yang pernah melanda negara mereka. Itu pasal, bagi orang Jawa, perkataan melayu bermaksud "Lari". Seperti, bila zaman kanak-kanak, mereka main kejar mengejar, mereka akan kata "Melayu! Melayu! Melayu!". Maksudnya "Lari! Lari! Lari!". Jadi, orang-orang yang berjaya melarikan diri dari malapetaka yang dashyat itu, disebut orang yang lari, atau orang melayu dalam bahasa jawanya dan akhirnya melekat menjadi orang Melayu.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana telah terbukti, kesan2 arkeologi, geologi, bahasa, tulisan, prasakti dan sebagainya yang menunjukkan kehebatan bangsa Melayu ini. Tetapi, kehebatan orang Melayu ini, seperti mahu disembunyikan, dilupakan dan dilenyapkan. Kenapa? Kerana masing2 ada agenda tersendiri untuk menyembunyikan, melupakan dan melenyapkan kesan2 tinggalan bangsa Melayu ini.

Negara Thailand, contohnya, menjalankan dasar Thaification, dimana proses mengthailandkan etnik-etnik yang berlainan bangsa dan budaya kepada hanya satu budaya sahaja, iaitu budaya bangsa Thai sahaja. Budaya Thailand sebenarnya adalah budaya bangsa Thailand Tengah, atau etnik Thai yang majoritinya mendiami lembah Chao Praya, di tengah Thailand. Bangkok dan sekitarnya adalah kawasan majoriti etnik Thai ini. Asalnya, Thailand, atau dulunya Siam terdiri dari pelbagai bangsa seperti bangsa Thai, Cina, India, Lao, Mon dan Melayu. Tetapi, semenjak berlakunya coup d'etat, atau rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 1933, maka pihak tentera, yang berjaya merampas kuasa telah menjalankan dasar Thaification. Jadi telah hampir 78 tahun, mereka menjalankan dasar Thaification ini.

Apakah itu dasar-dasar Thaification? Salah satu contohnya, menwajibkan semua orang dari etnik-etnik yang berlainan mempunyai nama Thai, bukan nama asal bangsanya sendiri. Contohnya, orang Cina Thai, orang Lao Thai, orang Mon Thai dan orang Melayu Thai diwajibkan mempunyai nama Thai. Contoh terbaik adalah keturunan Mahsuri yang kelapan, yang dulunya diraih dengan penuh gemilang di Langkawi, yang berasal dari Phuket, Thailand. Nama Melayunya ialah Wan Aishah binti Wan Nawawi,tetapi nama Thainya ialah Sirintra Yayee atau Nong May.Dan nama thai itulah yang digunakan sebagai nama rasmi bagi setiap urusan. Daripada baru lahir, sekolah rendah, universiti, passport, berkahwin, kerja dan meninggal dunia, semuanya menggunakan nama Thai tersebut. Dan nama Wan Aishah binti Wan Nawawi itu hanyalah dikenali oleh ahli keluarga yang terdekat. Mungkin, lama kelamaan, akhirnya orang itu sendiri lupa akan nama asal dan nama sebenarnya. Kerana semua orang merujuk kepadanya dengan nama thainya Sirintra Yayee atau Nong May, sejak berpuluh-puluh tahun dan bukan dengan nama Melayunya, Wan Aishah. Bayangkan semua kawan-kawan anda dan sedara mara anda memanggil anda Nong May, pada setiap hari selama 20 tahun? Sehinggakan akhirnya, dia terlupa dan bila terlupa, mungkin ingat asal usul bangsanya adalah bangsa Thai, cuma agamanya sahaja agama Islam.

Dan diwajibkan bahasa thai digunakan, bukan sahaja untuk urusan pembelajaran, ekonomi, urusan kerajaan dan sebagainya, tetapi untuk semuanya. Bahasa-bahasa lain dihapuskan. Mana ada akbar dalam tulisan Melayu di Thailand? Mana ada berita tv atau saluran tv dalam bahasa Melayu di Thailand. Kenapa? Dihapuskan. Sedangkan orang Cina dan India di Malaysia ada mempunyai akbar di Malaysia dengan bahasa ibundanya, orang melayu Pattani ditindas untuk tidak menggunakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi akbar dalam bahasa Melayu. Sehinggakan, setelah 78 tahun dasar ini dijalankan, orang-orang Melayu Pattani, lebih-lebih lagi golongan remajanya langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi, golongan remaja orang Melayu Pattani berbicara sesama mereka dengan bahasa thai. Jadi, inilah dasar bangsa Thai, memaksa penggunaan bahasa Thailand sebagai bahasa pengantar dan juga bahasa seharian sesama bangsa lain, sehingga kebanyakan orang Melayu Pattani itu sendiri terlupa yang mereka ini adalah asalnya orang Melayu dan berbahasa Melayu dan tanah airnya adalah kerajaan Pattani Melayu yang telah dikalahkan oleh Sukthatoi dahulunya.

Tahukah tentang filem Thailand bertajuk the Queen of Langkasuka? Tajuk sebenarnya sepatutnya adalah Queen of Pattani. Langkasuka adalah kerajaaan tamadun Melayu yang lebih awal dari kerajaan Pattani. Dinamakan Queen of Langkasuka, kerana kerajaan Thailand takut, filem ini akan menaikkan semangat pejuang-pejuang kemerdekaan Pattani, jika dinamakan Queen of Pattani. Tetapi, mengikut sejarah, memang cerita sebenarnya adalah mengenai Queen of Pattani yang menentang lanun-lanun yang terdiri dari orang-orang Thai sebenarnya.

Dan jangan lupa, nama Pattani sebenarnya adalah berasal daripada perkataan "Petani". Kerana orang-orang Melayu di kawasan situ dahulunya adalah petani padi, sehinggakan ke zaman sekarang. Tetapi, disebut Pattani, dalam loghat bahasa Thai, sehinggakan kebanyakkan orang Melayu tidak perasan yang Pattani berasal daripada perkataan petani. Seperti cerita bagaimana Melaka mendapat namanya, kerana disebabkan seekor kancil yang lemah telah berjaya mempertahankan dirinya daripada serangan anjing-anjing Raja Parameswara, maka pokok dimana Parameswara berteduh, maka dinamakan negeri Melaka, daripada nama pokok Melaka. Begitu juga dengan negeri Petani. Mungkin zaman dahulu, bila seorang Sultan atau Raja telah datang ke kawasan Pattani, kerana terlalu ramai petani di kawasan tersebut, maka negeri tersebut dinamakan Petani. Tapi, bila orang Thai datang, mereka cuba merubah semuanya dan menamakan Pattani.

Itu belum lagi diceritakan tentang sejarah, tamadun dan kerajaan Pattani. Habis, langsung dilupakan, dipadamkan, dilenyapkan dan disembunyikan. Kebanyakkan orang Melayu Pattani sendiri tidak tahu mengenai kerajaan Pattani yang dihapuskan itu. Kenapa? Kerana negara Thailand asalnya adalah hak milik bangsa Melayu, bangsa Melayu Pattani khususnya. Mereka dikalahkan oleh bangsa Thai yang dipimpin oleh raja-raja dinasti Sukthatoi. Inilah informasi yang amat-amat ditakuti oleh kerajaan Thailand.

Begitu juga dengan Singapura. Kerana Singapura asalnya adalah milik orang Melayu, milik Sultan Johor khususnya. Tetapi Singapura sebenarnya hanyalah dipajakkan oleh Temenggung Johor kepada Sir Thomas Raffles. Dipajakkan, bermaksud hanya disewakan sahaja, bukan diberikan atau dijualkan. Inilah informasi yang amat ditakuti oleh kerajaan Singapura. Kerana orang Melayu berhak menuntut Thailand dan Singapura kembali, seperti mana Filipina mahu menuntut Sabah dari Malaysia, hanya kerana dulunya Sabah milik kerajaan Islam Sulu. Dan kononnya, sampai sekarang kerajaan Malaysia masih membayar sewa pajakan kepada waris Sultan Sulu. Tetapi, majoriti orang Filipina adalah Kristian Katholik dan Kerajaan Sulu adalah Islam, tapi mereka tetap menuntut Sabah sebagai hak milik mereka sehingga sekarang.

Jadi, kenapa orang-orang Thailand melakukan dasar Thaification ini ke atas orang-orang Melayu Pattani? Supaya orang-orang Melayu Pattani lupa akan asal usul mereka, lupa akan sejarah kegemilangan kerajaan Pattani dan lupa akan perjuangan yang belum selesai. Bila orang-orang Melayu Pattani ini lupa akan sejarah mereka, mereka ini lupa untuk bangkit menentang orang-orang Thailand, lupa untuk menuntut balik tanah air mereka yang dirampas dan lupa untuk dapat mendirikan kembali kerajaan Pattani yang hilang. Bila mereka lupa akan sejarah mereka sendiri, mereka pun akan ingat kononnya asal usul mereka adalah orang-orang Thai, yang berbahasa thai, tetapi telah diislamkan oleh orang Melayu Malaysia... :-).

Pengalaman saya sendiri, semasa berkerja di IBM Cyberjaya, mempunyai seorang rakan orang Thailand, seorang perempuan yang bertudung, beragama Islam. Dia berasal dari sekitar Bangkok dan berbahasa Thai sebagai bahasa ibundanya. Dia telah belajar di UIA selama 3 tahun, tahu dan fasih berbahasa Melayu. Tetapi dia tidak pernah mengaku dia asalnya orang Melayu, katanya dia berbangsa Thai. Cuma dia beragama Islam. Tapi dia mengaku, dulu ibu bapanya berhijrah daripada Pattani ke Bangkok. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Bangkok. Tetapi, mungkin dia terlupa. Disebabkan dasar Thaification yang telah dilakukan sejak 78 tahun yang lalu, mungkin dia terlupa yang datuk neneknya dahulu adalah orang-orang Melayu Pattani yang dulunya telah berhijrah ke Bangkok untuk mencari kehidupan yang lebih bahagia. Yang peliknya, bagaimana dia boleh fasih berbahasa Melayu, walaupun hanya tinggal 2 hingga 3 tahun di Malaysia semasa dia di UIA? Dan di UIA, pelajarannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dan bukan bahasa Melayu.

Sedangkan orang Thailand yang berbangsa Thai asli pun,  mungkin tidak mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih dalam masa 3 tahun sahaja, tetapi kenapa dia boleh? Orang Mat Saleh yang tinggal di Malaysia berpuluh-puluh tahun pun, belum tentu fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Cuma, orang-orang Islam Pattani yang berasal dari Pattani yang mungkin tahu asal usulnya adalah bangsa Melayu Pattani. Orang Islam Thailand dari kawasan lain mungkin sudah lupa asal usulnya. Kerana, dahulu, seluruh Thailand, termasuk Cambodia dan Vietnam asalnya hak milik orang Melayu. Itu pasal, sejarah itu amat-amat penting untuk diketahui. Jika, telah digelapkan, asal usul bangsa sendiri pun tak tahu... :-(

Disebabkan segelintir daripada mereka masih tidak lupa akan sejarah kegemilangan empayar Pattani dahulu, mereka bangkit menentang kerajaan Thailand sekarang, menuntut hak-hak mereka dan berusaha mendirikan kembali kerajaan Pattani yang pupus itu. Mereka sanggup mengorbankan nyawa, jiwa dan kehidupan mereka ini. Mereka sanggup menentang tentera Thailand yang jauh lebih ramai, jauh lebih moden kelengkapan perang dan jauh lebih terlatih. Kenapa buat kerja bodoh menentang tentera Thailand? Mengikut logik akal fikiran, memang bodohlah pejuang-pejuang Pattani ini, yang jumlahnya sangat kecil, kelengkapannya sangat mimimum dan latihannya hampir tiada menentang tentera Thailand yang lebih hebat dari segala seginya. Tetapi, kenapa mereka masih menentang, walaupun secara kecil-kecilan? Kerana percaya dan ingat akan sejarah kegemilangan empayar Pattani dahulunya. Dan mereka ingin dan percaya suatu hari nanti, kerajaan Pattani itu berjaya dibangunkan kembali, walaupun akan mengambil masa seribu tahun. Kerana apa? Kerana dahulunya, Kerajaan Pattani Melayu, sebelum kedatangan bangsa Thai Budhha, pernah berdiri dan menguasai seluruh Thailand. Ini kerana mereka masih ingat akan sejarah mereka sendiri. Inilah yang sebenarnya yang ditakuti oleh pemerintah Thailand.

Itulah pentingnya mengetahui sejarah bangsa sendiri. Supaya tak diperkotak-katikkan. Supaya tak merasa rendah diri dan malu dengan tamadun, sejarah dan bangsa sendiri.... :-)
Bersambung....

6 comments:

  1. terima kasih atas artikel ini. sangat bergune untuk ilmu pengetahuan asal usul melayu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas artikel ini. sangat bergune untuk ilmu pengetahuan asal usul melayu...

    ReplyDelete
  3. melayu itu berasal dari bangsa monyet yg hidup di pokok sawit ribuan tahun sebelum berevolusi jadi manusia, itulah nenek moyang bangsa melayu
    itu bisa dilihat dari bentuk rumah panggung melayu yg mengingatkan bahwa monyet suka tempat yg tinggi sebagai tempat tinggal dan melayu membentuk rumah panggung memberi kesan melayu adalah keturunan monyet

    ReplyDelete
  4. Lihat Video Asal Usul Melayu - https://www.youtube.com/watch?v=9GH1_h0AZD4

    ReplyDelete
  5. HANG 5 bersaudara adalah dari kelompok etnik Malaiu (Hang Tuah) , Cina (Han Ji Bat, Han Ler Kerr, Han Ler Kew) dan India (Hang Kasturi). Logik kan? Hang Tuah (Malaiu) tidak sekali-kali durhaka pada sultan, Han Ji Bat (Cina) setia pada sahabat/saudara, Hang Kasturi (India) any comment. Ini hanya pandangan individu.

    ReplyDelete
  6. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play online apr casino Pragmatic Play Slots at The King Casino - Member Baru & Terpercaya poormansguidetocasinogambling.com 2021! febcasino.com Rating: https://septcasino.com/review/merit-casino/ 98% · ‎240,388 votes titanium metal trim

    ReplyDelete