Saturday 31 December 2011

Siapakah Orang Melayu? Bahagian 3: Teori Mengenai Asal Usul Orang Melayu.

Masalah ketiga, untuk mendefinasikan orang Melayu ialah, kita perlu mengetahui dari manakah asal usul orang Melayu. Seperti yang saya ceritakan dahulu, Orang Cina Malaysia, Orang India Fiji,  Orang Eropah Brazil dan orang Afrika Amerika, tahu asal usul mereka. Tetapi, orang Melayu Malaysia sendiri, kebanyakkannya tidak berapa pasti, dari manakah asal mereka. Masalah ini, iaitu dari manakah asal usul orang Melayu sebenarnya?

Asal usul orang Melayu memang selalunya menimbulkan misteri dan perdebatan di kalangan ahli akademik dunia. Daripada ahli sejarah, arkeologi, linguistik, geologi, biologi, genetik dan sebagainya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai dari mana asal usul orang Melayu. Ini kerana, contohnya, bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli linguistik, bercanggahan pula dengan bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli biologi. Atau bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli sejarah, bercanggahan pula dengan bukti-bukti ahli genetik. Semua bukti-bukti yang dikemukakan oleh pakar-pakar akademik ini, tiada pun yang bersetuju atau sama. Mereka saling berdebat dan bercanggah antara satu sama yang lain. Walaupun di bidang yang sama, seperti arkeologi, timbul perselisihan dan percanggahan sesama ahli-ahli arkeologi dunia mengenai asal usul orang Melayu.

Ada pelbagai teori mengenai asal usul orang Melayu. Terdapat tiga teori utama yang telah diketahui umum mengenai asal usul orang Melayu. Tetapi, disini buat pertama kalinya, saya ingin mengemukakan teori terbaru mengenai asal usul orang Melayu, iaitu teori keempat. Teori pertama mengenai asal usul orang Melayu adalah berdasarkan teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu yang menggunakan sampan dari daerah Yunnan di Selatan Cina dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan, yang dikenali sebagai "Teori Keluar Dari Yunnan". Teori ini dikemukakan pada tahun 1890.

 Teori Keluar dari Yunnan. Teori ini mengatakan Orang melayu berasal dari provinsi Yunnan, China, dan keluar menggunakan sampan melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan. Dan seterusnya menyebar ke Taiwan. Dan daripada Taiwan, terus menyebar ke pulau-pulau di bawahnya seperti Filipina, Indonesia, Malaysia & Kepulauan Pasifik.

Teori kedua, yang dikemukakan pada tahun 1965, mengatakan "Teori Keluar Dari New Guinea", iaitu orang Melayu asalnya berasal daripada Kepulauan New Guinea. Dimana orang Melayu zaman dahulu adalah pelayar yang unggul, yang bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh untuk para pedagang-pedagang antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, Cina dan India selama lebih 2,000 tahun yang lalu. Jadi, mengikut teori ini, orang Melayu asalnya dari bangsa Papua atau Melanesia, dan selepas lebih 2,000 tahun, akibat interaksi dan perkhawinan campur dengan bangsa India, Cina dan Arab, mereka selepas itu menjadi maju lalu menubuhkan sebuah bangsa baru yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini yang paling kurang popular dikalangan ahli akademik dan juga umum. Dan terlalu kurang penerbitan buku atau sumber rujukan untuk menyokong teori ini. Saya telah cuba mencari-cari mengenai sumber-sumber mengenai teori ini di internet, tetapi langsung tidak jumpa. Juga tidak dinyatakan, siapa pelopor atau perintis atau buku atau penulisan yang menyokong teori ini.

Teori Keluar dari New Guinea. Daratan berwarna merah adalah kepulauan New Guinea, yang terbahagi kepada dua negara. Disebelah barat milik Indonesia dan dikenali sebagai Papua. Disebelah timur milik negara Papua New Guinea. Kedudukan Pulau New Guinea amatlah hampir dengan Dunia Melayu. Tetapi tiada apa-apa bukti saintifik yang boleh membuktikan yang orang Melayu berasal dari New Guinea atau dari keturunan Melanesia.

Tetapi teori ini sebenarnya cuba menghina keupayaan dan kemajuan orang Melayu pada waktu itu. Adakah orang Melayu berasal daripada bangsa Papua atau Melanesia? Tiada bukti saintifik dari segi genetik, biologi, arkeologi atau sebagainya yang menyokong teori ini. Adakah orang Melayu dahulu hanyalah menjadi buruh dan kelasi-kelasi kapal kepada pedagang-pedagang antarabangsa sahaja? Tiada ke orang Melayu yang sebenarnya menjadi pedagang-pedagang yang hebat? Teori ini mungkin hanyalah untuk merendah-rendahkan keupayaan orang Melayu, tanpa apa-apa bukti saintifik yang perlu dikemukakan seperti bukti-bukti arkeologi, mitologi dan sebagainya. Amat mudah orang-orang Barat menghina dan menjatuhkan orang Melayu tanpa memerlukan apa-apa bukti, seperti amat mudahnya orang Barat menuduh orang Islam dan agama Islam sebagai agama teroris, tanpa perlukan apa-apa bukti. Seperti mudahnya orang Barat mengemukakan teori bahawa manusia berasal daripada beruk, mengikut teori Charles Darwin, tanpa apa-apa bukti yang kukuh. Tetapi AlQuran mengecam sekeras-kerasnya yang mengatakan manusia adalah evolusi daripada beruk.

Gambar orang Papua atau bangsa Melanesia. Adakah orang Melayu berasal daripada bangsa Papua? Lihat perbezaan yang ketara antara orang Papua yang berkulit hitam seperti orang negro Afrika dan berambut kerinting. Sedangkan majoriti orang Melayu berkulit sawo matang dan berambut lurus. 


Walaupun tiada buku atau penulis atau pelopor yang saya ketahui setakat ini, yang menyokong teori ini, saya mempunyai pendapat saya sendiri, bagaimana teori ini boleh tercipta oleh orang Barat. Teori ini yang mengatakan orang Melayu berasal daripada kepulauan Papua New Guinea, mungkin merujuk kepada Melayu Proto. Terutamanya merujuk kepada orang Semang yang terdiri daripada kumpulan orang Negrito. Jika kita merujuk kepada orang Semang sahaja, tanpa melibatkan orang Melayu majoriti, kajian ini menjadi mudah. Orang Semang, dengan kulit warnanya yang sehitam orang negro afrika dan berambut kerinting, adalah serupa bentuk fisikalnya dengan orang Papua! Mungkin dari sebab inilah, maka wujud teori bagaimana orang Melayu terawal iaitu orang Semang berasal daripada kepulauan New Guinea dan daripada bangsa Papua. Disamping itu, kedua-dua puak, iaitu orang Papua di New Guinea dan orang Semang di Semenanjung Malaysia, mengamalkan budaya dan cara hidup yang sama. Walaupun telah berpuluh-puluh ribu tahun berlalu, cara hidup orang Papua dan orang Semang masih lagi sama iaitu masih mengamalkan cara hidup memburu, mengumpulkan hasil hutan dan berpindah randah. Mereka masih tidak lagi melalui zaman Neolitik, iaitu perubahan kepada revolusi pertanian iaitu mengamalkan cara hidup bertani, menternak binatang dan mendirikan penempatan yang tetap. Saya akan membincangkan lagi mengenai teori ini secara terperinci di artikel seterusnya.

Teori yang ketiga dan teori yang paling popular sekarang di kalangan orang ramai, ialah "Teori Keluar dari Taiwan". Teori ini adalah berdasarkan teori lingustik dan bukti arkeologi. Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. "Teori Keluar dari Taiwan" atau juga disebut "Teori Keretapi Ekpress ke Polynesia", mengatakan orang-orang Autronesian atau bahasa mudahnya orang-orang Melayu, telah keluar daripada Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya mereka ini bertebaran ke serata dunia, daripada Pulau Madagaskar di Timur sehinggakan ke Pulau Easter di Barat, dan dari Jepun di Utara sehinggakan ke New Zealand di Selatan. Teori ini dipelopori oleh Peter Bellwood, seorang pakar lingustik. Ini disokong oleh bukti arkeologi oleh Eusibio Dizon. Teori ini dikemukakan kepada dunia pada tahun 1997, dengan terbitnya buku "The Austronesian", oleh Peter Bellwood dan Eusibio Dizon.

 Teori Keluar Dari Taiwan. Teori yang dipopularkan oleh Peter Bellwood

Teori terbaru mengenai asal usul orang Melayu, yang mungkin buat pertama kalinya disiarkan di artikel ini, iaitu teori yang penuh kontroversi dan mencetuskan fenomena di kalangan ahli akademik sedunia. Teori keempat ini dikenali sebagai ialah "Teori Keluar dari Sundaland". Teori ini telah lama diketahui di kalangan ahli akademik, tetapi kurang mendapat perhatian dikalangan orang ramai. Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memadamkan atau melenyapkan teori ini. Ini kerana, jika teori ini benar, ianya bukan hanya mengubah sejarah Asia Tenggara, tetapi mengubah sejarah dunia!!! Teori ini disokong oleh Dr Steven Oppenheimer,  pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos. Teori ini mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik. Teori ini mengatakan, orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Tamadun Sundaland atau mungkin juga dikenali sebagai tamadun Atlantis!!! Mengikut teori ini, terdapat sebuah tamadun yang besar dan hebat yang terletak di daratan Sundaland, tetapi telah ditenggelami banjir yang besar sejak 7,000 - 10,000 tahun yang lepas. Akibatnya, seluruh tamadun tersebut seperti bangunan, penempatan, tulisan, dan penempatan orang Melayu telah musnah dan ditenggelami air. Jadi, orang Melayu yang terselamat daripada banjir besar ini bertebaran ke seluruh dunia dan selepas itu dengan membawa kehebatan teknologi dan budaya mereka, mereka inilah menjadi pengasas atau pelopor tamadun-tamadun yang hebat di dunia. Saya akan membincangkan lagi mengenai teori ini secara terperinci di artikel seterusnya.

p/s: Teori mana yang anda pilih? Saya akan kupas setiap teori ini satu persatu. Terpulang kepada anda memilih teori yang mana. Jika anda merasa terlalu hina akan menjadi Melayu, mungkin anda akan memilih teori keluar dari New Guinea. Tetapi, jika anda bangga menjadi orang Melayu, mungkin anda akan memilih teori keempat iaitu teori keluar daripada Sundaland. Wallahualam.... :-)

Friday 28 October 2011

Siapakah Orang Melayu? Bahagian 2: Bentuk Rupa, Fisikal dan Warna Kulit

Safee Sali (kiri) dan Khairul Fahmi Che Mat (kanan). Lihat perbezaan yang ketara antara warna kulit dan bentuk rupa antara mereka. Safee Sali bermata bulat & besar, dan warna kulitnya sawo matang. Khairul Fahmi bermata sepet dan kulitnya berwarna kuning langsat. Kedua-duanya mengaku sebagai orang Melayu, walaupun kedua-duanya mempunyai rupa bentuk fisikal muka dan kulit yang berbeza.

Kenapa orang Melayu itu, suatu bangsa yang misteri, sehinggakan orang Melayu itu sendiri keliru atau tidak tahu tentang asal usul bangsa mereka sendiri? Sedangkan orang Cina Malaysia tahu dari mana asal usul mereka, orang India Fiji tahu asal usul mereka, orang Negro Amerika tahu asal usul mereka. Tetapi orang Melayu seperti terumbang ambing, keliru, tidak tahu, dan blur tentang asal usul nenek moyang mereka?

Apakah bangsa gadis-gadis ini? Adakah mereka berbangsa Thai, Filipina atau Cina? Mereka semua adalah gadis-gadis Melayu. Gambar diambil daripada sebuah blog.

Salah satu sebabnya adalah rupa bentuk fisikal orang Melayu itu sendiri. Daripada yang putih melepak & berhidung mancung, seperti kebanyakan orang Sunda di Bandung sehinggakan kepada yang hitam legam dan berambut kerinting, seperti kebanyakkan orang asli Malaysia, mereka ini dimasukkan didalam ras atau rumpun Melayu. Daripada yang berbadan sasa seperti bangsa Maori New Zealand sehinggakan kepada yang berbadan kecil seperti hobbit, yang dijumpai di kepulauan ..., Indonesia, mereka adalah juga rumpun orang Melayu.

Seorang gadis Melayu. Lihat bentuk muka dan warna kulitnya. Jika dia tidak memakai tudung dan tidak memakai baju kurung, mungkin orang ingat dia ini adalah gadis Cina. 

Jika dibandingkan dengan bangsa lain, kebanyakkan rupa benda dan fisikal mereka hampir serupa. Orang cina contohnya, kebanyakkannya bermata sepet, berhidung penyek, berambut hitam dan lurus, berkulit kuning langsat dan bertubuh kecil atau sederhana. Yang paling ketara adalah warna kuning bangsanya. Tiada orang cina yang berkulit sawo matang atau gelap. Begitu juga dengan orang Negro atau Afrika. Hampir semua orang Afrika bermata besar, berhidung penyek, berambut hitam dan kerinting, berkulit hitam dan bertubuh besar. Tiada orang Afrika yang berkulit sawo matang atau berkulit kuning langsat. Yang ada pun, orang Afrika yang telah berubah warna kulitnya seperti Lewis Hamilton (pemandu Formula 1) atau Rio Ferdinand (Pemain Bola Manchester United), keluarganya telah lahir dan tinggal di England sejak beratus-ratus tahunnya. Atau keluarganya telah berkawin campur dan mereka inilah hasil kacukan bangsa Afrika dan Causoloid.

Siapa antara mereka adalah gadis Melayu dan siapa yang bukan? Gadis yang ketiga dan keempat dari kiri, iaitu yang memakai baju biru muda dan yang memakai baju merah kelihatan seperti gadis Cina. Atau salah seorang mereka Melayu dan yang seorang lagi adalah gadis Cina. Atau mungkin kedua-dua mereka adalah gadis Melayu?

Tetapi, ada bangsa Melayu yang kulitnya kuning langsat dan bermata sepet. Pada mulanya, ramai yang sangka mereka ini adalah kacukan melayu cina. Di semenanjung Malaysia, kebanyakkan mereka ini adalah kacukan melayu cina. Tetapi, bangsa melayu ini ramai terdapat di sebuah pulau di Indonesia. Mereka tidak mengaku yang mereka ini adalah kacukan melayu cina langsung. Bagi orang melayu semenanjung Malaysia, rupa mereka seakan orang cina. Tapi adat, budaya dan bahasa percakapan mereka adalah dari ras atau rumpun melayu. Mereka adalah melayu jawa, terutamannya orang banten dan orang surabaya. Contoh yang paling mudah, adalah Suharto, presiden kedua Indonesia. Jika dilihat betul2, matanya sepet dan kulitnya cerah, hampir berwarna kuning langsat. Tetapi dia tidak mengaku orang cina. Dia mengaku orang Jawa.

Gadis yang pertama dari kiri, kelihatan seperti gadis India. Yang kedua & keempat dari kiri seperti gadis Cina. Yang ketiga seperti gadis Melayu. Atau mereka semua adalah gadis Melayu?

Bahkan, semasa era pemerintahannya, dia dilihat sebagai anti-cina, kerana banyak dasar2nya yang menghapuskan kebudayaan dan ciri-ciri orang Cina Indonesia. Contohnya, orang Cina Indonesia dilarang mempunyai nama Cina. Namanya diIndonesiakan. Tulisan cina dan percakapan dalam bahasa Cina dilarang. Bahkan, dari 500,000 sehingga 1 juta orang cina Indonesia telah dibunuh dalam kempennya menghapuskan pengaruh Komunis Indonesia, setelah peristiwa rampasan kuasa yang dikenali sebagai peristiwa GS30 pada tahun 1965.

 Neelofa, seorang artis Malaysia yang sekarang tengah popular dan tengah naik. Neelofa berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Dia mengaku sebagai Melayu. Lihat warna kulitnya yang putih.

 Farah Fauzana, pengacara Malaysia yang terkenal. Dia juga mengaku sebagai Melayu. Lihat warna kulitnya yang sawo matang, perbezaan yang amat ketara dengan warna kulit Neelofa yang putih. Di sini, saya bukan bermaksud untuk menghina Farah atau sesiapa, cuma untuk mencari makna, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu. Adakah Melayu itu satu bangsa, satu konsep atau satu budaya?

Di Malaysia, orang-orang Pasir Mas, Kelantan, ramai yang kulitnya kuning langsat, berbanding dengan orang Kelantan yang lain, yang kebanyakkan tinggal di pesisiran pantai dan berkulit gelap atau sawo matang. Neelofa adalah contoh terbaik seorang gadis Pasir Mas, Kelantan. Siapakah mereka sebenarnya? Adakah mereka dulunya berasal dari keturunan pedagang-pedagang Cina, yang masuk Islam dan keturunannya ramai yang menetap di Pasir Mas? Saya pun tidak tahu. Kena lebih banyak kajian dilakukan ke atas keturunan orang-orang Pasir Mas.

 Apakah bangsa gadis ini? Melayu, Cina, Jepun atau Korea? Dikatakan sebagai gadis Melayu. Wahallualam. Gambar diambil dari sebuah blog.

Begitu juga dengan kawan kenalan saya, orang Banten. Mulanya, bila diperkenalkan, saya ingat dia orang Cina Indonesia. Tetapi, dia bermati-matian tidak mengaku dia adalah orang cina ataupun ada kacukan cina dalam darahnya. Yang saya syak dia mungkin orang cina adalah matanya yang sepet dan kulitnya yang kuning langsat. Tetapi dia menidakkannya, sebaliknya mengaku orang Banten asli, tanpa apa-apa kacukan atau darah dari orang cina.

 Apakah bangsa gadis ini? Kelihatan seperti gadis Cina, tetapi mungkin juga gadis Melayu. Perhatikan matanya yang besar, bulat dan tidak sepet. Tetapi warna kulitnya putih seperti orang Cina. Gadis ini sebenarnya berbangsa Melayu, gambar diambil dari sebuah blog.

Begitu juga dengan seorang lagi kawan kenalan saya, orang Surabaya. Dia bekerja di Puduraya, sebagai jurujual. Kulitnya kuning langsat dan berambut blonde. Rambutnya blonde kerana dia dyekan rambutnya. Rambut aslinya berwarna hitam. Ramai orang Cina yang membeli makanan atau minuman darinya yang bertutur dalam bahasa Cina kepadanya. Ramai orang Cina yang menyangkakan yang dia adalah orang Cina. Tetapi ramai terkejut besar bila dia berkata dia bukan orang Cina dan tak tahu bertutur bahasa Cina. Mereka pula meneka, kalau bukan orang Cina, mungkin orang Filipina? Tapi, dia menjawab tidak, tetapi sebaliknya mengaku orang Surabaya, Indonesia.

 Melayu atau Cina? Perhatikan matanya yang besar. Beliau sebenarnya adalah gadis Cina bernama Winnie Chin, seorang model Malaysia. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star.

Begitu juga dengan seorang lagi kenalan saya, orang Melayu Malaysia. Keluarganya unik. Dia mempunyai 6 adik beradik, 3 lelaki dan 3 perempuan. Rupanya macam orang Cina, berkulit kuning langsat dan bermata sepet. Tetapi, abangnya ada yang hitam legam macam orang India dan ada abangnya yang berkulit sawo matang macam orang melayu kebanyakkannya. Kedua-dua orang tuanya, adalah orang Melayu belaka. Bagaimana, satu keluarga orang Melayu mempunyai anak yang seorang rupanya macam orang cina, seorang macam orang Melayu dan seorang macam orang India? Pelikkan? Mungkin ada yang mengatakan mungkin ibunya ada skandal dengan orang lain. Tapi, ada banyak contoh lagi, dimana kedua-dua ibu bapa adalah orang melayu belaka, tetapi warna kulit anaknya berlainan!

 Gadis yang pertama dari kiri seperti gadis Melayu. Yang kedua dan ketiga seperti gadis Cina. Atau ketiga-tiga mereka adalah gadis Melayu?

Contoh satu lagi. Jiran rumah saya di Johor, mempunyai 4 orang anak perempuan. Anak sulongnya, berwarna hitam legam, anak kedua berwarna putih melepak, anak ketiga pun putih melepak dan keempat warna sawo matang. Mungkin bapanya yang berkulit hitam dan ibunya berkulit putih, mendapat variasi warna yang berlainan. Bagi keluarga orang Melayu, mendapat warna variasi yang berlainan dari keluarga yang sama adalah lumrah alam. Tiada yang pelik atau ada skandal. Tetapi bagi orang Cina atau India, ini adalah sesuatu perkara yang pelik atau yang tak masuk akal. Bagaimana, dalam satu keluarga yang sama, seorang anak rupanya seperti orang Cina, seorang macam orang melayu dan seorang macam orang India? Inilah yang memeningkan kepala orang Cina, orang India dan Mat Saleh tentang keturunan dan asal usul orang Melayu! Juga memeningkan kepala orang Melayu sendiri!

 Melayu atau Cina? Kelihatan seperti seorang lelaki Melayu, dengan mata yang tidak sepet, dan dengan misai dan janggut. Tetapi, beliau adalah Daren Lee, seorang model Malaysia berbangsa Cina. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star

Saya percaya ramai diantara anda, orang Melayu yang mempunyai keluarga seperti ini. Atau kawan-kawan, jiran atau sedara mara yang mempunyai keluarga seperti ini. Inilah uniknya orang melayu. Mereka mampu melahirkan bangsa melayu, india dan cina. Dan disinilah letaknya rahsia orang melayu dan keturunan orang Melayu. Rahsianya telah dibuktikan oleh sebuah kajian mengenai genetik mengenai asal usul orang Asia. Saya berikan kata kuncinya. Bermula huruf H dan mengandungi 4 ayat. Saya akan menceritakan mengenai kajian ini, yang mengemparkan dunia, dari segi biologi, genetik, arkeologi, sejarah dan sains.

 Melayu atau Cina? Perhatikan matanya yang besar dan bulat. Tetapi dia bukanlah gadis Melayu, tetapi gadis Cina bernama Jackie Heah. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star

Mungkin, sebab-sebab inilah timbul pelbagai teori, lebih2 lagi daripada orang Barat mengenai keturunan orang Melayu, daripada berasal dari Yunnan, China atau dari Taiwan. Ditambah lagi dengan sejarah yang digelapkan, oleh penjajah-penjajah yang datang ke alam melayu, untuk melemahkan semangat orang Melayu daripada bangkit menentang mereka.
Melayu atau Cina? Perhatikan matanya yang besar dan tidak sepet. Sekali imbas seperti gadis Melayu, tetapi beliau adalah gadis Cina bernama Karen Neo. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star

Ini belum lagi kita menceritakan mengenai pertemuan orang melayu dengan bangsa2 lain di zaman silam. Alam Melayu, dulunya amat dikenali dengan perdagangan maritim. Dengan adanya perdagagan maritim, maka terjadilah interaksi antara orang Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain. Mungkin sebab-sebab begini, menambahkan kompleksiti untuk menentukan asal usul orang Melayu.

Melayu atau Cina? Lihat matanya yang besar dan bulat dan warna kulitnya yang putih, tetapi tidak kuning langsat. Adakah dia seorang Melayu? Bukan. Namanya Kelsey Rabindran, jadi bapanya kemungkinan besar berbangsa India. Mungkin dia ini kacukan Cina dan India atau Inggeris dan India, tetapi tiada darah Melayu. Tetapi rupanya seakan orang Melayu. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star

Inilah masalah pertama, bagaimanakah mendefinasikan, apakah rupa, bentuk fisikal dan warna kulit orang Melayu? Orang Cina, rupa bentuk fisikal ialah mukanya bermata sepet, berambut hitam lurus, berhidung penyek dan berkulit kuning langsat. Rupa bentuk badannya adalah kebanyakkannya kurus dan tingginya sederhana atau pendek. Orang Afrika, rupa bentuk mukanya, bermata besar, berambut hitam kerinting, berhidung penyek dan berkulit hitam. Bagi Orang Afrika bahagian timur rupa bentuk  badannya adalah kebanyakkannya tegap dan tinggi, seperti orang2 Nigeria. Bagi Orang Afrika bahagian barat,  rupa bentuk  badannya adalah kebanyakkannya kurus dan tinggi sederhana, seperti orang2 Sudan dan Somalia.

 Melayu atau Cina? Matanya besar, bulat dan mempunyai lapisan di atas kelopak matanya. Mungkinkah dia seorang Melayu? Tetapi warna kulitnya putih seperti seorang Cina. Dia bukan Melayu atau Cina. Dia berbangsa Jepun. Dia adalah Maria Ozawa, bekas pelakon porno di Jepun. Matanya besar dan bulat kerana dia adalah berasal daripada kacukan bangsa Jepun dan Inggeris daripada kedua belah ibu bapanya.

Orang Putih Utara, yang terdiri dari negara-negara Eropah Utara seperti Jerman, Sweden, Norway dan Denmark (puak Vikings), rupa bentuk mukanya, bermata besar, berambut blonde dan lurus, berhidung mancung dan berkulit putih salji. Rupa bentuk badannya adalah tegap dan tinggi. Orang Putih Latin, yang terdiri daripada negara-negara Eropah Selatan atau Eropah Latin seperti Itali, Sepanyol, Portugal dan Greek, rupa bentuk mukanya, bermata besar, berambut hitam dan lurus, berhidung mancung dan berkulit putih kemerahan. Rupa bentuk badannya adalah sederhana dan tingginya sederhana, berbanding dengan orang Eropah Utara.

Melayu atau Cina? Kulitnya putih seperti orang Cina, tetapi matanya besar dan bulat. Dia sebenarnya adalah gadis Melayu. Gambar diambil daripada sebuah blog.

Lihatlah perbezaan pemain2 bolasepak Sepanyol dan Jerman. Rata-rata, pemain bolasepak Sepanyol atau Eropah Latin adalah lebih rendah daripada pemain Jerman atau pemain Eropah Utara. Pemain2 Sepanyol, seperti David Villa, Andres Iniesta, Xavi Hernades, dan David Silva, rata-rata tingginya hanyalah 160-170cm sahaja. Sedangkan pemain2 Jerman seperti Per Mertesacker, Manuel Neuer, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Müller rata-rata tingginya adalah antara 180-200cm! Jadi, bagaimana Sepanyol akhirnya berjaya memenangi Piala Dunia 2010? Dengan bermain permainan "tika-tika", atau short pass. Bolanya sentiasa melekat di atas padang dan jarang sangat melambung ke atas. Dan bagaimana Jerman berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali? Dengan bermain bola lambung, dari pemain tengah melakukan hantaran silang yang tinggi ke kotak penalti. Dan disambut oleh pemain penyerang yang akan menanduk masuk bola ke dalam gol. Permainan gaya orang Sepanyol, penuh dengan aksi keindahan. Permainan gaya orang Jerman, penuh dengan aksi fisikal. The Beauty vs The Beast. Akhirnya, the Beauty menang!

 Siapakah nama gadis Melayu ini? Beliau sebenarnya bukannya berbangsa Melayu, walaupun matanya besar, bulat dan mempunyai lapisan di kelopak mata atasnya. Tetapi dia berbangsa Cina dengan nama Jen Loh. Gambar diambil dari website Daily Chili, the Star


Jadi, bagaimanakah mendefinasikan rupa bentuk muka, bentuk fisikal dan warna kulit orang Melayu? Kerana orang Melayu tiada rupa bentuk yang tetap, tiada bentuk fisikal badan yang tetap dan tiada warna kulit yang tetap. Mungkin kerana sifat rupa muka, bentuk fisikal dan warna kulit yang tidak tetap, telah menimbulkan pelbagai teori mengenai asal usul orang Melayu. Sedangkan orang Melayu sendiri tidak tahu asal usul bangsanya, takkan berharap kepada bangsa lain? Jadi, siapakah orang Melayu dan darimanakah dia berasal?

 Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol kebangsaan Malaysia. Lihat matanya yang sepet, tanpa apa-apa lapisan di kelopak matanya dan kulitnya yang kuning langsat seperti orang Cina. Dulu, sebelum dia menjadi terkenal, dan orang ramai tidak kenal akan dia, mungkin orang yang terserempak dengan dia menyangkakan dia seorang Cina. Tetapi dia seorang Melayu. Kenapa dia seorang Melayu? Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi seorang Melayu?

Bonus 1:-
Melayu atau Cina? Kulitnya putih seperti orang Cina, tetapi matanya besar dan bulat dan tidak sepet. Dia sebenarnya adalah gadis Melayu. Gambar diambil daripada sebuah blog.


Bonus 2:-
Melayu atau Cina? Saya pun tidak tahu, kerana dia memakai spek mata hitam. Jadi saya tak nampak bentuk matanya seperti apa. Mungkin saya perlu bertanya dengan dia, atau berkenalan dengan dia, baru saya tahu dia ini Melayu atau Cina.


P/S: Mungkin ada orang yang marah, kerana saya hanya membandingkan gambar rupa bentuk orang Melayu dengan Cina sahaja. Mungkin suatu hari nanti saya buat perbandingan gambar antara orang Melayu dengan orang India pula.


Bersambung....

Siapakah Orang Melayu? Bahagian 1: Pendahuluan

Siapakah Itu Orang Melayu? Dari mana dia berasal? Bagaimana mereka ada disini, dulunya dinamakan Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia. Tanah yang bertuah ini pernah dipanggil oleh beberapa gelaran seperti the Golden Chorsene, Suvarnabhumi, Semenanjung Melaka dan sebagainya. Tetapi, kebanyakkan orang Melayu itu sendiri tidak tahu, dari mana asal usul mereka. Kenapa berlaku sedemikian?

Adakah orang Melayu ini berasal dari Yunnan, China? Atau dari Taiwan? Atau campuran bangsa Cina, India & negrito? Akhirnya menjadi Melayu? Hahaha... ;-) ;-). Atau campuran Arab, Cina, Eropah dan Hindi (India), yang menjadi kata awalannya menjadi ACEH atau Aceh? Teringat lagu "Senyum", campuran Melayu, Cina dan Pakistan (Hindi). Kebetulan saya kenal sorang awek yang mix atau rojak, campuran Melayu, Cina dan Pakistan. Kerja bank. Memang cun gila... :-).

Adakah orang Melayu ini asalnya pendatang? Seperti dakwaan sesetengah ultra kiasu, yang mahu menjatuhkan dan merendahkan orang Melayu? Bagaimana pula dengan orang Asli? Adakah mereka tergolong dalam kategori orang Melayu? Bagaimana pula bumiputra Sabah dan Sarawak, yang bukan Islam, adalah mereka ini orang Melayu ataupun rumpun Melayu? Bagaimana pula, seorang bangsa India, yang asalnya beragama Hindu, lepas menjadi seorang Muslim boleh menjadi seorang Melayu? Bagaimana, orang Sabah atau Sarawak, yang rupanya lebih kemelayuan bukanlah orang Melayu tapi orang India yang masuk Islam atau mamak yang lebih keindiaan rupa dan fisikalnya boleh menjadi orang Melayu?

Apakah maksud Melayu itu sendiri? Me-Layu? Dalam bahasa Melayu sendiri, "melayu" atau "melayukan" merujuk kepada sesuatu perkataan negatif. Seperti, melayukan sekuntum bunga. Maksudnya, bunga yang asalnya segar bugar, dilayukan sampai tidak sesegar dulu. Atau adakah perkataan Melayu itu adalah perkataan yang dilabelkan oleh penjajah, sejak zaman Portugis, Belanda, British dan Jepun ke atas bangsa Melayu, untuk menjatuhkan dan merendah-rendahkan orang Melayu, supaya mereka tidak bangkit menentang penjajah? Mungkin asalnya nama bangsa ini adalah nama lain. Kalau nama lain, apakah nama itu?

Ada yang kata orang Melayu ini adalah bangsa tinggalan Atlantis? Bangsa asal Atlantis? Kah! Kah! Kah! Lawak-lawak... :-). Ada ke dikatakan orang Melayu ini bangsa tinggalan dari bangsa Atlantis yang hebat itu? Kan bangsa Atlatis itu adalah bangsa yang terhebat, dimana merekalah ibu kepada segala tamadun didunia ini. Dimana, dikatakan, asal usul tamadun Sumerian, tamadun Mesir, Cina, India dan juga Yunani (Greek), dikatakan berasal dari tamadun dan bangsa Atlantis ini.

Pada yang kurang membaca atau tak tahu sejarah yang sebenarnya, atau buta sejarah atau tak nak ambil tahu langsung pasal sejarah bangsa sendiri, mungkin perkara ini adalah sebuah lawak jenaka. Adakah tamadun dan bangsa Melayu ini adalah ibu kepada segala tamadun-tamadun lama yang terhebat didunia, termasuk juga ibu kepada tamadun Cina dan India? Seperti yang diketahui umum, orang2 Cina dan India amat berbangga dengan tamadun mereka kerana tamadun Cina dan India adalah antara tamadun yang terawal didunia. Usia tamadun mereka lebih dari 5,000 tahun dahulu, hampir sama dengan wujudnya tamadun Mesir zaman Firaun.

Buktinya kehebatan dan kecemerlangan tamadun mereka, bangsa Cina dengan Great Wall of China dan Forbidden City. Bangsa India dengan Taj Mahal dan Red Fort. Tetapi, manakah kesan tinggalan kehebatan dan kecemerlangan tamadun Melayu? Hampir tiada..... :-(. Amat memalukan. Orang Melayu tiada kesan sejarah fisikal yang boleh menunjukkan kehebatan dan kegemilangan tamadun dan bangsa Melayu itu sendiri. Yang ada, kota A-Formosa tinggalan Portugis, the Red House, rumah merah tinggalan Belanda dan bangunan-bangunan tinggalan British. Amat-amat memalukan!!! Itu sebab, mungkin orang Cina atau orang India memandang hina dan memandang rendah kepada bangsa Melayu, kerana mereka tiada kesan sejarah yang menunjukkan kehebatan tamadun orang Melayu. Yang ada hanyalah Empayar Melaka yang dihancurkan oleh Portugis.

Tetapi, bagi para arkeologi, para sejarah, ilmuwan, geologis dan sebagainya, bangsa Melayu adalah bangsa tinggalan dari bangsa Atlantis yang ditenggelamkan oleh banjir yang besar yang pernah melanda negara mereka. Itu pasal, bagi orang Jawa, perkataan melayu bermaksud "Lari". Seperti, bila zaman kanak-kanak, mereka main kejar mengejar, mereka akan kata "Melayu! Melayu! Melayu!". Maksudnya "Lari! Lari! Lari!". Jadi, orang-orang yang berjaya melarikan diri dari malapetaka yang dashyat itu, disebut orang yang lari, atau orang melayu dalam bahasa jawanya dan akhirnya melekat menjadi orang Melayu.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana telah terbukti, kesan2 arkeologi, geologi, bahasa, tulisan, prasakti dan sebagainya yang menunjukkan kehebatan bangsa Melayu ini. Tetapi, kehebatan orang Melayu ini, seperti mahu disembunyikan, dilupakan dan dilenyapkan. Kenapa? Kerana masing2 ada agenda tersendiri untuk menyembunyikan, melupakan dan melenyapkan kesan2 tinggalan bangsa Melayu ini.

Negara Thailand, contohnya, menjalankan dasar Thaification, dimana proses mengthailandkan etnik-etnik yang berlainan bangsa dan budaya kepada hanya satu budaya sahaja, iaitu budaya bangsa Thai sahaja. Budaya Thailand sebenarnya adalah budaya bangsa Thailand Tengah, atau etnik Thai yang majoritinya mendiami lembah Chao Praya, di tengah Thailand. Bangkok dan sekitarnya adalah kawasan majoriti etnik Thai ini. Asalnya, Thailand, atau dulunya Siam terdiri dari pelbagai bangsa seperti bangsa Thai, Cina, India, Lao, Mon dan Melayu. Tetapi, semenjak berlakunya coup d'etat, atau rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 1933, maka pihak tentera, yang berjaya merampas kuasa telah menjalankan dasar Thaification. Jadi telah hampir 78 tahun, mereka menjalankan dasar Thaification ini.

Apakah itu dasar-dasar Thaification? Salah satu contohnya, menwajibkan semua orang dari etnik-etnik yang berlainan mempunyai nama Thai, bukan nama asal bangsanya sendiri. Contohnya, orang Cina Thai, orang Lao Thai, orang Mon Thai dan orang Melayu Thai diwajibkan mempunyai nama Thai. Contoh terbaik adalah keturunan Mahsuri yang kelapan, yang dulunya diraih dengan penuh gemilang di Langkawi, yang berasal dari Phuket, Thailand. Nama Melayunya ialah Wan Aishah binti Wan Nawawi,tetapi nama Thainya ialah Sirintra Yayee atau Nong May.Dan nama thai itulah yang digunakan sebagai nama rasmi bagi setiap urusan. Daripada baru lahir, sekolah rendah, universiti, passport, berkahwin, kerja dan meninggal dunia, semuanya menggunakan nama Thai tersebut. Dan nama Wan Aishah binti Wan Nawawi itu hanyalah dikenali oleh ahli keluarga yang terdekat. Mungkin, lama kelamaan, akhirnya orang itu sendiri lupa akan nama asal dan nama sebenarnya. Kerana semua orang merujuk kepadanya dengan nama thainya Sirintra Yayee atau Nong May, sejak berpuluh-puluh tahun dan bukan dengan nama Melayunya, Wan Aishah. Bayangkan semua kawan-kawan anda dan sedara mara anda memanggil anda Nong May, pada setiap hari selama 20 tahun? Sehinggakan akhirnya, dia terlupa dan bila terlupa, mungkin ingat asal usul bangsanya adalah bangsa Thai, cuma agamanya sahaja agama Islam.

Dan diwajibkan bahasa thai digunakan, bukan sahaja untuk urusan pembelajaran, ekonomi, urusan kerajaan dan sebagainya, tetapi untuk semuanya. Bahasa-bahasa lain dihapuskan. Mana ada akbar dalam tulisan Melayu di Thailand? Mana ada berita tv atau saluran tv dalam bahasa Melayu di Thailand. Kenapa? Dihapuskan. Sedangkan orang Cina dan India di Malaysia ada mempunyai akbar di Malaysia dengan bahasa ibundanya, orang melayu Pattani ditindas untuk tidak menggunakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi akbar dalam bahasa Melayu. Sehinggakan, setelah 78 tahun dasar ini dijalankan, orang-orang Melayu Pattani, lebih-lebih lagi golongan remajanya langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi, golongan remaja orang Melayu Pattani berbicara sesama mereka dengan bahasa thai. Jadi, inilah dasar bangsa Thai, memaksa penggunaan bahasa Thailand sebagai bahasa pengantar dan juga bahasa seharian sesama bangsa lain, sehingga kebanyakan orang Melayu Pattani itu sendiri terlupa yang mereka ini adalah asalnya orang Melayu dan berbahasa Melayu dan tanah airnya adalah kerajaan Pattani Melayu yang telah dikalahkan oleh Sukthatoi dahulunya.

Tahukah tentang filem Thailand bertajuk the Queen of Langkasuka? Tajuk sebenarnya sepatutnya adalah Queen of Pattani. Langkasuka adalah kerajaaan tamadun Melayu yang lebih awal dari kerajaan Pattani. Dinamakan Queen of Langkasuka, kerana kerajaan Thailand takut, filem ini akan menaikkan semangat pejuang-pejuang kemerdekaan Pattani, jika dinamakan Queen of Pattani. Tetapi, mengikut sejarah, memang cerita sebenarnya adalah mengenai Queen of Pattani yang menentang lanun-lanun yang terdiri dari orang-orang Thai sebenarnya.

Dan jangan lupa, nama Pattani sebenarnya adalah berasal daripada perkataan "Petani". Kerana orang-orang Melayu di kawasan situ dahulunya adalah petani padi, sehinggakan ke zaman sekarang. Tetapi, disebut Pattani, dalam loghat bahasa Thai, sehinggakan kebanyakkan orang Melayu tidak perasan yang Pattani berasal daripada perkataan petani. Seperti cerita bagaimana Melaka mendapat namanya, kerana disebabkan seekor kancil yang lemah telah berjaya mempertahankan dirinya daripada serangan anjing-anjing Raja Parameswara, maka pokok dimana Parameswara berteduh, maka dinamakan negeri Melaka, daripada nama pokok Melaka. Begitu juga dengan negeri Petani. Mungkin zaman dahulu, bila seorang Sultan atau Raja telah datang ke kawasan Pattani, kerana terlalu ramai petani di kawasan tersebut, maka negeri tersebut dinamakan Petani. Tapi, bila orang Thai datang, mereka cuba merubah semuanya dan menamakan Pattani.

Itu belum lagi diceritakan tentang sejarah, tamadun dan kerajaan Pattani. Habis, langsung dilupakan, dipadamkan, dilenyapkan dan disembunyikan. Kebanyakkan orang Melayu Pattani sendiri tidak tahu mengenai kerajaan Pattani yang dihapuskan itu. Kenapa? Kerana negara Thailand asalnya adalah hak milik bangsa Melayu, bangsa Melayu Pattani khususnya. Mereka dikalahkan oleh bangsa Thai yang dipimpin oleh raja-raja dinasti Sukthatoi. Inilah informasi yang amat-amat ditakuti oleh kerajaan Thailand.

Begitu juga dengan Singapura. Kerana Singapura asalnya adalah milik orang Melayu, milik Sultan Johor khususnya. Tetapi Singapura sebenarnya hanyalah dipajakkan oleh Temenggung Johor kepada Sir Thomas Raffles. Dipajakkan, bermaksud hanya disewakan sahaja, bukan diberikan atau dijualkan. Inilah informasi yang amat ditakuti oleh kerajaan Singapura. Kerana orang Melayu berhak menuntut Thailand dan Singapura kembali, seperti mana Filipina mahu menuntut Sabah dari Malaysia, hanya kerana dulunya Sabah milik kerajaan Islam Sulu. Dan kononnya, sampai sekarang kerajaan Malaysia masih membayar sewa pajakan kepada waris Sultan Sulu. Tetapi, majoriti orang Filipina adalah Kristian Katholik dan Kerajaan Sulu adalah Islam, tapi mereka tetap menuntut Sabah sebagai hak milik mereka sehingga sekarang.

Jadi, kenapa orang-orang Thailand melakukan dasar Thaification ini ke atas orang-orang Melayu Pattani? Supaya orang-orang Melayu Pattani lupa akan asal usul mereka, lupa akan sejarah kegemilangan kerajaan Pattani dan lupa akan perjuangan yang belum selesai. Bila orang-orang Melayu Pattani ini lupa akan sejarah mereka, mereka ini lupa untuk bangkit menentang orang-orang Thailand, lupa untuk menuntut balik tanah air mereka yang dirampas dan lupa untuk dapat mendirikan kembali kerajaan Pattani yang hilang. Bila mereka lupa akan sejarah mereka sendiri, mereka pun akan ingat kononnya asal usul mereka adalah orang-orang Thai, yang berbahasa thai, tetapi telah diislamkan oleh orang Melayu Malaysia... :-).

Pengalaman saya sendiri, semasa berkerja di IBM Cyberjaya, mempunyai seorang rakan orang Thailand, seorang perempuan yang bertudung, beragama Islam. Dia berasal dari sekitar Bangkok dan berbahasa Thai sebagai bahasa ibundanya. Dia telah belajar di UIA selama 3 tahun, tahu dan fasih berbahasa Melayu. Tetapi dia tidak pernah mengaku dia asalnya orang Melayu, katanya dia berbangsa Thai. Cuma dia beragama Islam. Tapi dia mengaku, dulu ibu bapanya berhijrah daripada Pattani ke Bangkok. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Bangkok. Tetapi, mungkin dia terlupa. Disebabkan dasar Thaification yang telah dilakukan sejak 78 tahun yang lalu, mungkin dia terlupa yang datuk neneknya dahulu adalah orang-orang Melayu Pattani yang dulunya telah berhijrah ke Bangkok untuk mencari kehidupan yang lebih bahagia. Yang peliknya, bagaimana dia boleh fasih berbahasa Melayu, walaupun hanya tinggal 2 hingga 3 tahun di Malaysia semasa dia di UIA? Dan di UIA, pelajarannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dan bukan bahasa Melayu.

Sedangkan orang Thailand yang berbangsa Thai asli pun,  mungkin tidak mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih dalam masa 3 tahun sahaja, tetapi kenapa dia boleh? Orang Mat Saleh yang tinggal di Malaysia berpuluh-puluh tahun pun, belum tentu fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Cuma, orang-orang Islam Pattani yang berasal dari Pattani yang mungkin tahu asal usulnya adalah bangsa Melayu Pattani. Orang Islam Thailand dari kawasan lain mungkin sudah lupa asal usulnya. Kerana, dahulu, seluruh Thailand, termasuk Cambodia dan Vietnam asalnya hak milik orang Melayu. Itu pasal, sejarah itu amat-amat penting untuk diketahui. Jika, telah digelapkan, asal usul bangsa sendiri pun tak tahu... :-(

Disebabkan segelintir daripada mereka masih tidak lupa akan sejarah kegemilangan empayar Pattani dahulu, mereka bangkit menentang kerajaan Thailand sekarang, menuntut hak-hak mereka dan berusaha mendirikan kembali kerajaan Pattani yang pupus itu. Mereka sanggup mengorbankan nyawa, jiwa dan kehidupan mereka ini. Mereka sanggup menentang tentera Thailand yang jauh lebih ramai, jauh lebih moden kelengkapan perang dan jauh lebih terlatih. Kenapa buat kerja bodoh menentang tentera Thailand? Mengikut logik akal fikiran, memang bodohlah pejuang-pejuang Pattani ini, yang jumlahnya sangat kecil, kelengkapannya sangat mimimum dan latihannya hampir tiada menentang tentera Thailand yang lebih hebat dari segala seginya. Tetapi, kenapa mereka masih menentang, walaupun secara kecil-kecilan? Kerana percaya dan ingat akan sejarah kegemilangan empayar Pattani dahulunya. Dan mereka ingin dan percaya suatu hari nanti, kerajaan Pattani itu berjaya dibangunkan kembali, walaupun akan mengambil masa seribu tahun. Kerana apa? Kerana dahulunya, Kerajaan Pattani Melayu, sebelum kedatangan bangsa Thai Budhha, pernah berdiri dan menguasai seluruh Thailand. Ini kerana mereka masih ingat akan sejarah mereka sendiri. Inilah yang sebenarnya yang ditakuti oleh pemerintah Thailand.

Itulah pentingnya mengetahui sejarah bangsa sendiri. Supaya tak diperkotak-katikkan. Supaya tak merasa rendah diri dan malu dengan tamadun, sejarah dan bangsa sendiri.... :-)
Bersambung....